BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 7, 2009

GRAF PERHUBUNGAN

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman dan pemerhatian aku. Sedikit pasal hubungan lelaki dan wanita. Seperti beberapa entri lepas, entri ini juga akan berkaitkan perempuan dan lelaki. Tapi secara lebih spesifik.

Aku ingin mempersembahkan satu graf khas yang tidak dipelajari langsung di mana2 sekolah atau institusi pendidikan. Graf hubungan. Graf hubungan ini tidak tertakluk kepada hubungan cinta saja tetapi hampir boleh diguna pakai ke atas semua hubungan bersifat:

1) Bukan muhrim atau tiada pertalian persaudaraan.
2) Neutral, iaitu bukan hubungan yang bersebab. (Contoh kawan dengan Seman sebab ayah dia tauke kaya atau couple dengan Minah kerana ayah dia sekretari kerajaan negeri yang pegang projek. Ini adalah kerana hubungan2 ini sudah ada titik tujuan. Ini juga tertakluk kepada hubungan yang bersifat untuk tujuan seks sahaja.)

Graf selalunya akan mula daripada bawah, titik X = 0. Naik, naik dan naik sehingga ke titik puncak. Tak pernah ada graf kehidupan yang hanya menaik sahaja dan terus naik. Walaupun graf umur, ia akan menaik dan sampai satu tahap, ia akan mati dan tidak bergerak.

Tafsiran graf ini amat mudah, ambil contoh pasangan lelaki dan wanita yang baru berkenalan. Mereka bertemu ketika di restoran, perempuan itu tertumpah air kopi panas ke seluar lelaki. Lelaki mengaduh panas dan perempuan itu meminta maaf dan rasa bersalah. Maka dari situ mereka bertemu. (Cliche nak mati babak pertemuan ni)
Dari kosong, yakni tak mengenali, mereka telah mengenali satu sama lain. Graf makin menaik kian hari. Makin mengenali. Makin menyukai. Graf terus menaik. Sambil itu hubungan mereka terus berjalan. Dari kawan sehingga berjanji utk setia. Bahagia. Oh, best nya hidup. Waktu ni lah kentut pun wangi. Taik pun cantik.
Sehinggalah ke satu titik. Titik ini aku lihat sebagai titik yang menetapkan kemana hala tuju. Titik kritikal.

Graf itu sudah sampai ke titik paling atas. Arah tujunya selepas itu hanya boleh ke bawah, atau mendatar. Selalunya akan ke bawah. Di sini kita boleh lihat, mungkin kerana hubungan lelaki dan wanita itu dah berjalan untuk sesuatu ketika, maka mereka sudah sampai ke satu titik hambar. Di mana mungkin mula berasa bosan. Mungkin berasa tidak ada benda baru lagi dalam hubungan itu. Bak kata omputih, "I've got all of you figured out already."

Selalunya yang merasakan benda ini adalah lelaki. Ini pendapat general aku saja. Bukan pendapat khusus ye. Selalunya yang panik apabila ada di titik ini adalah wanita. SELALUNYA ye.

Mengapa benda ni terjadi? Titik ini tidak dapat dielakkan bagi aku dalam hubungan. Ia perkara biasa yang dianggap luar biasa oleh ramai orang. Dan pada aku, yang menentukan hala tuju titik ini adalah wanita dan lelaki itu sendiri. Perlakuan mereka ketika melalui titik ini.

Ramai yang akan berjaya mengharungi dengan jayanya. Menyebabkan hubungan kekal mendatar di tahap tertinggi atau jika turun pun, sedikit saja. Namun, ramai juga yang gagal mengharungi. Ini adalah kerana ramai yang panik. Terutama wanita.

Ketika mengharungi fasa ini, mereka merasakan yang lelaki mula menjauh. Mula tidak tertarik. Hubungan mula hambar. Mereka panik! dan panik itu adalah antara benda terburuk yang mungkin dilakukan oleh mereka. Kerana apabila panik, akal mereka mungkin berada dalam takat 70 peratus untuk gagal berfungsi. Gagal merancang. Gagal membuat keputusan secara rasional. Apabila panik, mereka akan kerap membuat keputusan2 yang tidak masuk akal malah mungkin mendatangkan kesan buruk kepada hubungan.

Apa contoh keputusan itu? antaranya, mereka mula menjadi seperti parasit2. mengacau lelaki siang malam. Berkatakan sayang itu, sayang ini. I sayang u setiap masa. I rindu u setiap waktu. U rindu i tak setiap kali. U sayang i tak setiap ketika. Dan ini adalah merimaskan bagi SESETENGAH lelaki. bukan semua tapi SESETENGAH. Bagi SESETENGAH lelaki, perkataan2 itu bila kerap kali dilahirkan akan hilang maknanya. Tapi aku faham. Bagi SESETENGAH perempuan pula, tidak lengkap hari dengan kasih sayang jika tidak dilafazkan dengan kata2.

Antara cara lain yang tidak rasional mungkin dilakukan oleh manusia2 panik ialah mula risau dan jeles tak tentu pasal. Ibarat seperti, "Dulu dia hari2 leh layan aku. Sekarang susah dah. Dia ada perempuan lain lah ni agaknya." Ini parah. Kes ni selalu berlaku. Pengakhirannya untuk kes ini, SELALUNYA lelaki itu akan terus padam graf itu, renyuk kertas, pergi thai kuang, beli kertas graf baru dan cari pasangan baru untuk sama2 melukis graf semula(Biarpun aku kenal seorang dua rakan yang masih tabah melayan kerenah awek mereka yang tah hape2 kadang2 aku rasa. Kita tengok sejauh mana treshold level mereka.) Untuk gadis2, tolong jangan berlaku seperti perlakuan tidak masuk akal ini. Jika kaum lelaki mahu menipu kaum wanita, tidak perlu berselindung. Kami pasti akan tetap menipu biarpun kamu sedang makan didepan mata kami, JIKA kami mahu menipu. Ini juga praktikal bagi kaum wanita. ;p

Selain daripada itu, jasad2 panik ini ramai yang akan emo tak tentu pasal. Lambat hantar message, kena marah. Merajuk sampai 2 minggu. Aduh. Ini kes hilang akal. Tolong jangan berlaku begini. Sila sabar. Tanya elok2. Emo tidak akan menyelesaikan masalah.

Aku rasa graf hubungan ini amat praktikal dan memang relevan. Ia bagi aku, PASTI akan berlaku dalam mana2 hubungan. Setiap hubungan akan sampai rasa hambarnya. Di situlah titik kritikalnya hubungan itu. Apabila sampai titik itu, selalunya aku akan relaks. Aku akan biarkan hidup aku terus berjalan tanpa apa2 pressure terhadap hubungan. Aku faham, di titik ini masing2 perlu masa untuk diri masing2. Aku perlu masa untuk diri aku. Kerana di titik inilah mungkin berlakunya adaptation terhadap perhubungan itu. Biarkan semuanya berlalu dan berlaku tanpa mempersoalkan dengan tegas. Pada saat ini cuba anggap pasangan itu, rakan kamu. Aku selalu beranggapan begitu. Seorang rakan yang baik mempunyai lebih banyak keistimewaan untuk kamu berbanding pasangan kamu, melainkan pasangan kamu telah pun menjadi rakan baik kamu. Kerana dalam masa romantis dan menyayangi, kamu telah juga berjaya menerima kekurangan masing2 dan bersedia untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Ini adalah apa yang rakan2 baik selalunya lakukan. Dan di titik kritikal inilah masanya untuk kamu menjadi rakan terbaik untuk pasangan kamu.

Banyak hubungan lepas aku gagal kerana pasangan2 aku berkelakuan seperti di atas yang telah dinyatakan. Payah nak lepas. Namun jika telah lepas fasa kritikal ini. Kamu akan mendapati yang kamu telah bertemu dengan seorang pasangan yang romantis tetapi dalam pada masa yang sama supportive terhadap kamu seperti seorang rakan yang baik. Seorang pasangan yang seperti sesumpah, yang mampu mengubah dan mengadaptasikan perlakuannya dengan keadaan semasa.

*Tetapi nak lepas fasa kritikal ini adalah amat susah bagi aku. Tak ramai yang berjaya melepasinya kali pertama.

terima kasih kepada : http://reveriemalaya.blogspot.com/ atas article nie..menarik dan boleh difikirkan..

Thursday, July 23, 2009

Couple itu HARAM???

Couple itu HARAM

Bismillahirrahmanirrahim..

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA smiley-cool )

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :

couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

Wallahua'lam.

Glossari

  • istiqamah = tetap, konsisten
  • sequence = turutan
  • reliable = boleh dipertanggungjawab / boleh pakai
  • let say = katakanlah
  • part = Bahagian
  • So = jadi
  • go for it = teruskan
  • ajnabi = (Bahasa Arab) boleh dinikahi
  • ikhtilat = (Bahasa Arab) Percampuran (antara lelaki dan perempuan); biasa merujuk kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
  • laknatullah = dilaknat oleh Allah
  • equation = persamaan
  • syumul = sempurna
  • sirah = kisah Nabi

*Artikel asal oleh : al-malizi di sini

* JANGAN DEKATI ZINA (artikel lain)

Couple itu HARAM
www.iluvislam.com

Dihantar Oleh : putri_durian*
Editor : naadherah

Thursday, July 16, 2009

Dahagakan Kasih Ayah..

Kisah ini ditulis untuk sesiapa yang masih ada perasaan kasih sayang....

Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya. "Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah." Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah. "Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?" Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik. "Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal." Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya. "Ayah,Amin tanya sikit boleh?" Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya. "Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.
"Berapa pendapatan ayah sejam?" Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu. "Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur." Suara si ayah sedikit menengking. "Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat." Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan. "RM 20 sejam, kenapa nak tahu?" Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya. "Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?" Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh. "Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur." Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan. "Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!" Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.
"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid. Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya. "Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?" lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya. Amir memandang ayahnya.
"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup." Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati. "Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan." Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya. "Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."

Thursday, July 9, 2009

warkah buat bakal suamiku..

Warkah buat bakal suamiku..

Warkah untuk dirimu..............

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH swt kerana menemukan kita di dalam lembaran ini.

Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada pada tahap yang diingini dan semoga barakah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkah kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...

Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis...sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini....

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)"
(HR Hakim)

Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama-samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...

Ingatkah dirimu akan ayat ini....

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(Al Furqan:74)

Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku... Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu belum pernah kutemui. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, dalam setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku...dekatkanlah. Jika bukan, maka jauhkanlah...tetapi ternyata perjalanan urusan ini semakin dimudahkan ALLAH. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan ALLAH di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan. Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkah laku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...

Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa ’alaika tawakkaltu, wa ilaika anbtu, wa bika khoosamtu, wa ilaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu, antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.

Ya ALLAH, hanya kepadamu aku berserah diri, beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu ALLAH.

Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNYA makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti. Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal kepada ALLAH swt. Semoga terus berada di dalam redhaNYA...

Bakal zaujahmu...InsyaAllah...

(copied from iluvislam.com)

ISLAM itu agama yang BENAR..

Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah , bekas Paderi
Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah .

Petikan dari ustazazhar.com

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan
yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan
pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi
Besar Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang
asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui
adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah , yang belajar
sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama
ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang
Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin
Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan
beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah
puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam
Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH
AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim
(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal
dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu
institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian
Sabah . Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai
paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal
saya iaitu Sabah .

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi.
Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah
seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat
berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken,
dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang
terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya
perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,
Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang
keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk
ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat
mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat
kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat
kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri
Yang Tidak Terbendung

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi
tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di
fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa
manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini
tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa
manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian
seluruh Sabah , jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke
Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana
saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope
John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang
memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya,
"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut
dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia
biasa. Di negeri saya Sabah , di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang
mengaku dosa.

Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun
tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, “Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang
paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,"
Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau
seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam
sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi
paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ
tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.

Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut
lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan
kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia
Tuhan." Saya bertanya kembali, “Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana
wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau
Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika
Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan
terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis
sehingga berani mempertikaikan Kristian."

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh
masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila
ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan
saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya
seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang
meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang
paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam
Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka
mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci

v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma

vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah
paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari
proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini.
Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan
Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap,
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan
agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh
melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.

Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk
Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar,
hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau
meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar
di Indonesia;

Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau
menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya
membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah
tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin
pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu
Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.

Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya
katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian.
Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak
mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air
itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah
saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya
hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi
diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah
memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai
air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh
Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan
kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis
makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana
tubuh tuhan boleh dimakan.

Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti
Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang
dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup
kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.

Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut
Islam.

Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan
kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk
moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru
lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru
sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan
Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di
dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua
mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.

Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu
Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat
saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang
paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk
menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,
Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu
tidak boleh membuka almari."

Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana
beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan
kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin
dibuatnya.

Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi
kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih
saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya,
dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah
utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin
menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak
berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana
dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab
tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa
upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39,
setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut
dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan
membukanya dan isi kandungannya.

Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya
paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan
bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan
tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan
seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan
saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah,
disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci
al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti
kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah?
Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,
apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak
beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran
tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat
belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada
tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan
saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya
selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah
tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya hidayah

Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis
diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku
telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku
manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak
tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak
pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung
tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya
mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin
Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan
seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga
tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan
saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada
seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi.
Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya
kepadanya, ”Negeri apakah ini?"

Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini
negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."

Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan
umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani
katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika
itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas
jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki.
Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang
kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut
dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok
sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan
membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia
membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya
ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya
memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba,
mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika
sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam
yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk
Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di
bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan
awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah ."

Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun,
hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam."

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang
sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu,
baru awak boleh masuk Islam."

Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya
turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,
maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka
pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

Kekuatan diri

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali
lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya
keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak
sembahyang lagi bagus."

Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya
meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga
sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap
diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka
sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali
Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah
dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya
membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah
bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di
Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa.
Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini
adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi
saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap.
Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."

Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"

Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa
ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap
di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas
dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun
dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari
segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada
agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi
mengaku anak.

Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri
saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar
dan keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung
pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya
saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.

Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga
selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian.
Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.

Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan
Sabah , saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang
walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah
mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam
usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah.

Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak
dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika
di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang
pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya.
Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya
dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa
tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari
keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya
menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu
rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di
Sabah . Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata
kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu encukupi tetapi mengapa perlu
tinggalkan Islam?"

Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin
murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya
terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat
Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.

Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung
untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di
seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh
tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika
di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi
mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap
hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang
ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab
itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah
untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk
Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan
semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak.

Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam
simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada
awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak
berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah
mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu
tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi
orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah
pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengansaesdVtedu.eapn ntaka y aadsansa mrtpnedki -r nas
D ntapa saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan
nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud;

Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan
Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan
Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."

Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca
al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat
itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul.
Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya
dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru
khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak
sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak
tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah
berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga
melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan
angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah
keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong
itu?"

Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau
menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan
kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa
walaupun mukanya telah merah padam.

Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah
yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika
ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah
pengetahuan agamanya?

Siapa sasaran Kristian

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan
masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar.
Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa
bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam
pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang
memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang
menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN
meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini.
Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada
salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung
kamu itu".

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja
memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya
dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak
atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada
juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki
Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara
asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian
mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan
kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.'

p/s: tujuan artikel ini adalah atas niat dakwah. dan di setiap bahu seorang yg muslim ada tanggungjawab dakwah. Islam agama yg benar.